Tarbiyyah

Konsep ‘sentiasa lebih awal’ dalam kepimpinan

SAYA mempelajari konsep ini secara praktikal dalam budaya kerja, bukan dengan membaca buku

Pemimpin yang hebat sentiasa di hadapan dalam pelbagai konteks:

1) Sentiasa bangun awal. Robin Sharman terpaksa menulis satu buku bertajuk ‘The 5am Club’ bagi memotivasikan pembaca untuk bangun awal. Tapi sebagai seorang Islam, bangun sebelum Solat Subuh untuk bertahajjud, membaca Al-Quran dan berzikir adalah identiti asal kita yang tidak boleh ditinggalkan. Saya sentiasa cuba melakukannya setiap hari walaupun masih belum sempurna.

2) Sentiasa tiba lebih awal di tempat kerja berbanding orang lain bagi memiliki kelebihan masa. Saya sentiasa tiba di pejabat sejam lebih awal (purata) berbanding rakan sekerja yang lain. Jadi, ketika mereka tiba, saya telah berjaya menyiapkan perancangan harian serta menyelesaikan banyak kerja dalam tempoh itu.

3) Sentiasa tiba lebih awal dalam setiap program dan mesyuarat. Ini membolehkan saya membuat persediaan dan merancang perjalanan program dan mesyuarat dengan lebih optimum. Ia juga membolehkan saya menyelesaikan masalah teknikal yang berlaku (pintu berkunci, projektor rosak dan peralatan tidak cukup). Selain itu, saya akan mendapat peluang berkenalan dan beramah mesra dengan ahli-ahli yang lain sebelum mesyuarat bermula. Membina reputasi secara peribadi adalah rahsia terbesar seorang pemimpin yang disegani.

4) Sentiasa di hadapan (berwawasan) dalam membuat perancangan dan menyusun gerak kerja organisasi. Bijak mengkaji medan dan percaturan bidang yang berkaitan serta merangka tindakan mendahului pesaing atau musuh. Saya sentiasa cuba mencipta suatu lonjakan yang baharu walaupun tahu ahli organisasi belum bersedia berubah sepenuhnya untuk mendukung aspirasi itu.

5) Sentiasa berada di hadapan secara fizikal dalam program atau majlis keraian untuk menonjol (visible) di khalayak ramai juga dapat membantu membina imej yang positif. Jadilah orang pertama yang datang dan orang yang terakhir beredar bagi membuktikan kesungguhan dan komitmen dalam sesuatu majlis.

Selamat mencuba!

Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Kluster Tarbiah ISMA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close