Berita UtamaPendapatUtama

Haramkan Dong Zong, tarik campur tangan kuasa China

Kerajaan terpaksa iktiraf pendidikan rasis walaupun ditolak majoriti

HUBUNGAN yang erat antara Dong Zong dan kerajaan China serta lobi berterusan daripada persatuan-persatuan Cina dan sokongan daripada taikun-taikun Cina, yang juga pendana utama parti-parti politik, menyebabkan pendidikan Cina menjadi suatu lobi yang sangat kuat.

Bukan mudah bagi kerajaan untuk mengharamkan Dong Zong.

Kenyataan Tun Mahathir berkata, ‘terserah kepada polis untuk mengharamkan Dong Zong’, dikhuatiri akan mengundang lebih banyak campur tangan kuasa besar China ke dalam kancah politik negara.

Tuntutan pendidikan Cina ini, bukan hanya bersifat tempatan. Ia adalah tuntutan (rentas negara) oleh aktor-aktor transnasional diaspora Cina sedunia. Dipayungi oleh China sebagai kuasa besar dunia.

Dengan kekuatan ekonomi dan politik, mereka boleh melobi kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara supaya menerima sistem pendidikan Cina yang mereka perjuangkan.

Sesiapa sahaja menjadi kerajaan harus menerima desakan ini.

Ini menjelaskan kepada kita, walau majoriti masyarakat Malaysia menolak sistem pendidikan rasis ini, namun kerajaan terpaksa mengiktirafnya.

Walaupun sudah terang lagi bersuluh, sistem pendidikan ini hanya menyebabkan perpaduan kaum menjadi renggang, dan masyarakat Cina hidup dalam dunia dan jaringan sendiri.

Anda juga boleh rujuk buku PenChinaan Malaysia terbitan Interdisciplinary Research and International Strategy – IRIS Institute bagi memahami perkara ini dengan lebih mendalam.

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE
 
 
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close