Berita UtamaUtama

‘Mentaliti Shu Qi tahap otak lutut’

DAP hanya sokong tulisan jawi bila beri keuntungan pada perniagaan

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 12 Zulhijjah 1440H, Selasa – Sifat hipokrit dan rasis wakil rakyat parti tamak haloba, DAP kini berada di tahap maksima apabila mengaitkan tulisan jawi dengan penerbitan buku pornografi.

Timbalan Ketua Wanita Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Asral Widad Ahmad Asnawi berkata, tindakan jahat dan biadab Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi jelas menonjolkan kebencian DAP terhadap usaha kerajaan untuk memperkasakan Malaysia, dengan elemen identiti tunjang watannya melalui memartabatkan kembali tulisan jawi.

“Jika dibiarkan, mereka berleluasa mendominasi kerajaan pada PRU yang akan datang, maka bersedialah kita berhadapan dengan negara yang elemen watannya akan hancur dileraikan oleh mereka satu persatu secara sistematik melalui ‘cultural cleansing’ terhadap peradaban Melayu,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Shu Qi yang memberi contoh mengaitkan tulisan jawi dengan penerbitan buku pornografi dalam sebuah dialog pada 9 Ogos yang lalu.

Sebelum ini tular klip video di media sosial yang memaparkan ucapan wakil rakyat DAP itu dalam majlis dialog dengan Persatuan Tiong Hwa dan wakil 27 persatuan masyarakat Cina di Kluang.

Shu Qi pada majlis itu melakukan pembentangan menggunakan slaid bagi menerangkan tulisan jawi telah digunakan sebagai sistem tulisan bahasa Melayu sebelum tahun 1956 serta tidak terhad kepada penulisan agama Islam sahaja, sebaliknya juga digunakan untuk mengarang kitab Kristian dan bahan pornografi.

Selepas menerima kecaman daripada banyak pihak, Ahli Parlimen Kluang semalam menjelaskan ucapannya dirakam tanpa kebenaran dan mendakwa UMNO serta MCA telah memutarbelit kenyataannya.

Menempelak ‘keceluparan’ Shu Qi, Asral berkata, tulisan jawi seolah hanya relevan kepada DAP sekiranya ia menguntungkan perniagaan untuk menarik pelanggan muslim seperti mana tulisan jawi sekian lama terdapat pada beberapa jenama produk makanan keluaran bukan Bumiputera, tidak pula mereka berbunyi.

“Tetapi bila mana kerajaan berusaha untuk asimilasikan mereka dengan budaya watan negara, mereka mula berbunyi dengan mencari seribu satu alasan untuk menghalangnya.

“Mentaliti YB DAP tahap otak di lutut, yang kuman itu jugak dia nampak. Kalau ikutkan analogi YB ini, maka kita haramkan sahaja bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Korea, bahasa Jepun kerana banyak buku penulisan lucah dalam bahasa itu daripada dahulu sehingga sekarang,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close