Berita UtamaUtama

Mayat ditemui di kawasan pencarian Nora Anne

Polis sahkan mayat wanita berkulit putih namun identiti belum diketahui

NILAI, 12 Zulhijjah 1440H, Selasa – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini menemui mayat dipercayai seorang wanita pada hari kesepuluh operasi mencari dan menyelamat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilapor hilang dari resort The Dusun, di sini 4 Ogos lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusof yang mengesahkan penemuan itu berkata, mayat itu ditemui pada pukul 1.57 tengah hari.

“Mayat wanita berkulit putih itu bagaimanapun belum dapat disahkan identiti. Forensik polis telah dihubungi untuk pengesahan,” katanya kepada pemberita di sini. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close