Berita Utama

Vaksin kanak-kanak penting untuk fasa peralihan ke endemik: KKM

Kanak-kanak golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan

KUALA LUMPUR, 9 Syaaban 1443H, Sabtu – Pengambilan vaksin COVID-19 amat penting bagi kalangan kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun terutamanya semasa negara akan memulakan fasa peralihan ke endemik 1 April depan, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM menerusi catatan di akaun Facebook rasminya hari ini berkata kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19.

Menurutnya ini memandangkan mereka yang berumur 11 tahun dan ke bawah belum mendapat perlindungan sewajarnya berbanding dengan kumpulan umur lebih tinggi yang telah mendapat vaksinasi.

“Kadar kemasukan kanak-kanak ke wad PICU (Unit Rawatan Rapi Pediatrik) akibat COVID-19 meningkat sebanyak 94 peratus untuk kesemua kategori tiga hingga lima, dengan peningkatan ketara untuk kategori empat sebanyak 200 peratus, diikuti kategori lima sebanyak 125 peratus,” menurut kenyataan itu.

Justeru KKM sekali lagi menasihatkan ibu bapa untuk mengambil vaksin untuk anak-anak bagi melindungi mereka daripada varian Omicron yang boleh membawa maut dari jangkitan COVID-19 dan komplikasinya iaitu Multi System Inflammatory Syndrome in Children atau MIS-C. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button