Berita UtamaUtama

Jawi: Kenapa pilih bahan pornografi sebagai contoh?

Alasan MP Klang turut dianggap menghina masyarakat Cina: Najib

BANGI, 12 Zulhijjah 1440H, Selasa – Datuk Seri Najib Razak kesal apabila Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi memberi contoh mengaitkan tulisan jawi dengan penerbitan buku pornografi dalam sebuah dialog pada 9 Ogos lalu.

Beliau berkata, alasan wakil rakyat DAP berkenaan mengaitkan bahan pornografi dengan tulisan jawi, adalah tindakan yang langsung tidak boleh diterima.

Bahkan, bekas perdana menteri itu berpendapat bahawa kenyataan Shu Qi turut dianggap sebagai satu penghinaan kepada masyarakat Cina.

“Saya difahamkan bahawa tajuk berita ini telah ditukar dari ‘Orang Cina lebih faham jika guna contoh pornografi’ kepada ‘Orang Cina lebih faham jika guna contoh tidak serius’ setelah Berita Harian menerima aduan,” katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata, alasan untuk Shu Qi menggunakan bahan lucah dengan isu pelaksanaan tulisan jawi masih tidak boleh diterima, bahkan banyak bahan tidak serius lain yang boleh digunakan sebagai contoh.

“Kenapa PH (Pakatan Harapan) perlu pilih bahan porno?,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk laporan Berita Harian semalam yang memetik Shu Qi sebagai berkata, tidak salah baginya menggunakan contoh tulisan jawi dengan penerbitan buku pornografi kerana ia berjaya mengubah persepsi masyarakat Cina yang selama ini menganggap tulisan jawi hanya untuk agama Islam.

Wakil rakyat DAP itu dilaporkan berkata, menerusi kaedah berkenaan, lebih ramai yang faham apa yang beliau sampaikan, sekali gus berjaya pecahkan mitos dan persepsi bahawa jawi bukan tulisan agama, tapi ia tulisan nusantara.

Difahamkan Shu Qi enggan memohon maaf kerana menggunakan contoh yang dilihat tidak sensitif pada orang Melayu, malah beliau berkata, penggunaan jawi dalam bahan lucah adalah fakta yang tidak boleh dinafikan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close