Berita Utama

Tiada penularan COVID-19 di sekolah di Dungun

Pastikan maklumat yang diperolehi dari sumber sahih

KUALA TERENGGANU, 2 Syaaban 1442H, Isnin – Pejabat Kesihatan Terengganu menafikan satu maklumat yang tular di media sosial, kononnya berlaku penularan pandemik COVID-19 di tujuh sekolah di daerah Dungun.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mengenai perkara itu.

“Hentikan penyebaran maklumat tidak benar ini kerana ia hanya akan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

“Pastikan maklumat yang diperolehi dari sumber sahih sahaja sebelum dikongsi dan disebarkan di media sosial,” katanya ketika dihubungi.

Tular di media sosial kononnya berlaku penularan COVID-19 di tujuh sekolah di daerah berkenan yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Paka, SK Paka 2, SK Paka 3, SK Sura, SK Pulau Serai, SK Padang Pulut dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Sin Chone, yang dikatakan berpunca dari kakitangan Petronas yang positif wabak itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button