Berita UtamaIstimewaUtama

Dong Zong ‘naik tocang’ kerana kerajaan suka main politik

Musykil kenapa tiada pembetulan dasar walaupun keadaan makin parah

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 12 Zulhijjah 1440H, Selasa – Tindakan kerajaan yang suka bermain politik sejak dahulu lagi menjadi punca sikap ‘besar kepala’ kumpulan pendesak Cina, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, jika pentadbiran negara dibuat dengan cara yang betul, pastinya Dong Zong tidak akan berani ‘naik tocang’ mendesak untuk mengubah dasar pendidikan negara mengikut kehendak mereka.

Bahkan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya sejak dahulu lagi mengetahui betapa rasisnya Dong Zong dalam menuntut hak yang jelas bertentangan dengan dasar pendidikan negara, katanya.

“Tetapi, yang musykilnya kenapa tiada pembetulan dasar di buat sehingga keadaan sekarang semakin parah?

“Dr Mahathir sepatutnya bertindak atas kepentingan negara, dan jangan sekadar bermain politik semata-mata. Hari ini Dong Zong dah besar kepala mahu dasar pendidikan negara mengikut kehendak mereka,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir menyifatkan Dong Zong sebagai rasis kerana tidak pernah menyukai orang Melayu dan bersetuju dengan apa jua keputusan kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata, sejak dahulu lagi, persatuan berkenaan sering membantah termasuk, ketika kerajaan mewujudkan Sekolah Wawasan yang menggabungkan Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Kenyataan perdana menteri itu susulan penentangan Dong Zong yang melakukan petisyen terhadap pembelajaran dalam jawi dan tulisan khat, yang didakwa kononnya sebagai satu bentuk Islamisasi untuk menyebarkan agama Islam.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan pengenalan tulisan jawi dan seni khat adalah untuk memupuk gaya penulisan yang indah.

Bagaimanapun, langkah kerajaan itu mendapat kritikan beberapa pihak, khususnya Dong Zong yang menyatakan kebimbangan ia akan membebankan murid.

Susulan itu, Kabinet kemudian menetapkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil dilaksanakan secara pilihan, selain guru juga diberi kuasa menetapkan sendiri kaedah pelaksanaannya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close