Dr Ahmad Sanusi AzmiPendapatUtama

Haramkan Dong Zong

Ketakutan Dong Zong terhadap tulisan jawi mesti dikawal segera

AKHIRNYA Perdana Menteri, Tun Mahathir sendiri meluahkan pandangannya mengenai Dong Zong. Tun menyifatkan pertubuhan Cina ini sebagai pertubuhan rasis kerana mereka konsisten membantah penerapan pendidikan jawi. Pertubuhan Cina ini beranggapan pendidikan jawi cuba menerapkan elemen Islamisasi.

2. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri pula menggelarkan Dong Zong sebagai kumpulan pelampau dan sepatutnya disenaraikan di bawah anasir subversif dalam negara. Dong Zong hendaklah dianggap sebagai satu ancaman kepada negara setaraf dengan ancaman terrorisme.

3. Dewan Ulamak PAS Pusat pula melalui Ketua Penerangannya, Mohd Nor Hamzah menyifatkan ketakutan Dong Zong terhadap tulisan jawi dan seni khat sebagai satu lagi Islamfobia baharu di negara ini. Ketakutan mereka terhadap Islam mestilah dikawal segera.

4. Saya fikir sudah tiba masanya bagi kita rakyat Malaysia untuk bersatu mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan yang membawa perpecahan ini. Mereka bukan sahaja melancarkan petisyen untuk membantah jawi, malah memberikan gambaran yang salah mengenai jawi.

5. Kedudukan mereka yang mempunyai pengaruh mereka yang besar terhadap pendidikan masyarakat Cina adalah amat membimbangkan. Apa yang boleh diharapkan sekiranya pendidikan mereka sendiri menyuntik rasa takut kepada kesatuan yang digagaskan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

6. Mari bersama tandatangani petisyen ini. Nyatakan sokongan anda dalam membantu mempertahankan kesatuan negara dan membetulkan pandangan masyarakat mengenai Islam. Sila layari laman web di bawah, tuliskan nama anda dan email serta tandatangan petisyen ini. Sebarkan juga kepada rakan yang lain. Link petisyen:

https://www.change.org/p/perdana-menteri-malaysia-petisyen-haramkan-dong-zong

Semoga Allah membimbing kita semua.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close