Berita UtamaUncategorizedUtama

Aliran trafik perlahan

Orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Aidiladha

KUALA LUMPUR, 11 Zulhijjah 1440H, Isnin – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan setakat 5.30 petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas sambutan Aidiladha.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, trafik di utara dilapor perlahan dari Sungai Petani, Kedah ke Bertam, Pulau Pinang dan Juru ke Bukit Tambun.

“Keadaan trafik juga dilapor perlahan dari Tambun ke Gua Tempurung, Bidor ke Sungkai, dan Nilai ke kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Seremban,” katanya.

Selain itu, aliran trafik juga perlahan di bahagian selatan iaitu Yong Peng menuju ke Pagoh, Bukit Gambir ke Tangkak dan Ayer Keroh menuju Port Dickson berikutan aliran trafik yang tinggi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik bergerak perlahan dari Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan Hentian Sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close