Berita UtamaDuniaUtama

Pakistan akan bawa isu Kashmir ke Majlis Keselamatan PBB

China sokong Islamabad, anggap India ambil langkah unilateral

ISLAMABAD, 10 Zulhijjah 1440H, Ahad – Pakistan dengan sokongan China, akan membawa isu Kashmir ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas India membatalkan hak autonomi wilayah Himalaya yang dipertikaikan itu.

Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi, yang bertemu dengan rakan sejawatannya dari China dan pegawai tinggi lain di Beijing berkata, China menyokong sepenuhnya Islamabad untuk membawa isu itu.

“Kami berhasrat untuk membawa perkara ini ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya ingin memberitahu bahawa mereka (China) telah memberi jaminan kepada kami sokongan penuh mereka.

“China telah mengarahkan wakilnya di New York untuk terus berhubung dengan diplomat Pakistan mengenai isu itu. China mempunyai pendirian yang jelas bahawa India telah mengambil langkah unilateral di Jammu dan Kashmir kerana ia bertentangan dengan norma-norma undang-undang antarabangsa,” kata Qureshi pada sidang akhbar di Islamabad selepas pulang dari China.

Menteri Luar Pakistan juga berkata, beliau merancang untuk mendekati Indonesia dan Poland, bagi mendapatkan sokongan mereka.

Qureshi berkata, kerajaan Pakistan tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan ‘pilihan ketenteraan’ tetapi akan memelihara hak untuk mempertahankan tanah airnya sekiranya berlaku sebarang kesalahan.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan telah mengkritik langkah ‘haram’ India, bersumpah untuk melawan keputusan itu, termasuk di Majlis Keselamatan PBB.

Khan berkata, langkah India itu melanggar undang-undang antarabangsa sambil menyatakan kebimbangan terhadap potensi pembersihan etnik oleh India. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close