Aminuddin bin YahayaArtikelUtama

Jawi: Alasan ‘berbilang kaum’ punca negara hilang identiti

Dong Zong sengaja tak mahu faham tulisan jawi bukan isu Islamisasi

APABILA membuka surat khabar hari ini, saya termenung seketika. 

Nampaknya Dong Zong dan pejuang-pejuang sekolah vernakular masih tidak faham isu tulisan Jawi ini. Walaupun sudah dijelaskan bahawa ini bukan isu Islamisasi tetapi mereka masih berkeras menentangnya.

Apakah kita perlu menceritakan kembali mengenai sejarah orang-orang Melayu kepada mereka? Tidakkah mereka tahu bahawa sebelum ini sistem penulisan di tanah air kita ialah jawi?

Atau mereka sengaja tidak mahu faham? Walaupun di tanah air sendiri, orang Melayu masih gagal dan tidak berupaya membangunkan budaya dan seni warisan mereka. 

Kalau di negara-negara Barat, mereka gembira dan bangga menonjolkan budaya sejarah mereka sendiri. Namun, di negara kita berlaku sebaliknya. 

Ini semua kononnya kerana alasan ‘berbilang kaum’ yang akhirnya membuatkan negara kita hilang identitinya. 

Mungkin Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang jika pelancong datang mereka tidak tahu negara ini ‘siapa yang punya’. 

Apa budaya asalnya pun sudah semakin kabur kerana semuanya telah dikuburkan. Ini satu tragedi kepada bangsa Melayu.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) 

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close