Berita UtamaUtama

329 sekolah, institusi pendidikan rosak akibat Taufan Lekima

KPM sedia peruntukan kecemasan baiki kerosakan serta-merta

BANGI, 10 Zulhijjah 1440H, Ahad – Sebanyak 329 sekolah dan Institusi Pendidikan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang dan Terengganu, mengalami kerosakan akibat dilanda Taufan Lekima.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan menganggarkan kerosakan di tujuh negeri berkenaan berjumlah RM20 juta.

“Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengambil tindakan segera, membaiki kerosakan yang berlaku dengan menyalurkan peruntukan kecemasan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan agensi yang terbabit, supaya tindakan pembaikan dapat dilaksanakan serta-merta,” katanya.

Katanya, setakat jam 5 petang semalam, pihaknya merekodkan kerosakan di 115 sekolah dan tiga kompleks kuarters, sebuah Institut Latihan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Kedah.

Kerosakan berkenaan turut membabitkan 101 sekolah, empat kompleks kuarters dan dua Institut Latihan di Pulau Pinang, kata KPM.

Kementerian itu berkata, turut terjejas, 58 sekolah di Perlis, 32 sekolah dan sebuah IPTA di Selangor. Sementara, Terengganu turut merekodkan kerosakan di 7 sekolah dan sebuah Institut Latihan.

Manakala, masing-masing sebuah membabitkan IPTA di Perak dan sekolah di Pahang, katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close