Berita UtamaDuniaUtama

Sejuta penduduk berpindah kerana Taufan Lekima

Zhejiang gantung sementara perkhidmatan feri, batal 288 penerbangan

BEIJING, 9 Zulhijjah 1440H, Sabtu – Lebih sejuta orang terpaksa berpindah berikutan Taufan Lekima melanda bandar Wengling, wilayah Zhejiang, China kira-kira jam 1.45 pagi, hari ini.

Dengan kelajuan angin sehingga 187 km/j, taufan kesembilan tahun ini itu dijangka menyebabkan hujan lebat ke wilayah Anhui, Fujian, Jiangsu dan Zhejiang serta Shanghai.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku banjir kilat dan tanah runtuh disebabkan hujan lebat itu. 

Semalam, Zhejiang mengeluarkan amaran kecemasannya ke tahap paling tinggi. Lebih 700,000 orang dipindahkan, di mana lebih 110,000 ditempatkan di 12,000 pusat perlindungan.

Wilayah itu juga telah menggantung sementara perkhidmatan feri dan membatalkan 288 penerbangan.

Pihak berkuasa tempatan turut mengumpul hampir 1,000 anggota pasukan penyelamat, dengan 150 jentera bomba dan 153 bot.

Awal hari ini, 253,000 orang di Shanghai telah dipindahkan, dan sebahagian daripada perkhidmatan transit kereta api bandar termasuk kereta api maglev digantung sementara.  

Taufan itu menyebabkan hampir 3,000 pokok tumbang serta kerosakan bekalan elektrik. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close