Berita UtamaDuniaUtama

Pengganas El Paso mengaku sasar tembak warga Mexico

Pihak berkuasa percaya suspek penulis artikel perkauman dalam talian

EL PASO, 9 Zulhijjah 1440H, Sabtu – Pengganas berkulit putih yang menjadi suspek utama kes tembakan rambang di pusat membeli-belah di Texas, Amerika Syarikat (AS), minggu lalu mengakui menyasarkan serangan itu ke atas warga Mexico.

Patrick Crusius, 21, memberitahu pihak berkuasa bahawa dia telah memasuki bangunan pusat beli-belah terbabit dengan bersenjatakan senapang, dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan 22 terbunuh, termasuk lapan warga Mexico.

“Tertuduh memberitahu bahawa ketika di dalam pusat membeli-belah, dia menggunakan AK-47 dan menembak banyak mangsa yang tidak bersalah,” menurut dokumen yang ditulis oleh detektif Adrian Garcia.

Crusius berkata, sasarannya adalah orang Mexico, kata detektif itu seperti dilapor Washington Post.

Suspek memandu lebih dari 10 jam dari pinggir bandar Allen di Dallas, di mana tempat dia tinggal ke El Paso, dekat sempadan dengan Mexico.

Selain 22 orang terbunuh, lebih daripada 20 yang lain turut cedera akibat serangan itu. 

Pihak berkuasa percaya bahawa penembak yang dituduh itu adalah penulis sebuah artikel perkauman yang diterbitkan dalam talian sejurus sebelum serangan.

“Saya hanya mempertahankan negara saya dari penggantian budaya dan etnik yang dibawa oleh pencerobohan,” katanya. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close