Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Hanya Masjid al-Aqsa dibuka untuk solat sunat Aidiladha

Ekstremis Yahudi desak Israel halang umat Islam masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 9 Zulhijjah 1440H, Sabtu – Pertubuhan dan badan Islam di Baitulmaqdis semalam mengumumkan menutup semua masjid di wilayah itu sempena Hari Raya Aidiladha esok, kecuali masjid al-Aqsa.

Organisasi itu dalam satu kenyataan berkata, mereka akan menutup semua masjid di seluruh Baitulmaqdis dan hanya membenarkan solat sunat Aidiladha diadakan di masjid al-Aqsa.

Katanya, tindakan itu dibuat berikutan untuk melindungi tapak al-Aqsa daripada diserbu dan diserang oleh penduduk haram Yahudi.

Kenyataan itu juga menggesa rakyat Palestin untuk datang seramai mungkin dalam usaha melindungi masjid berkenaan.

Sementara itu, beberapa kumpulan ekstremis penduduk haram telah mendesak kerajaan Israel untuk membenarkan mereka melawat masjid itu pada Hari Raya Aidiladha serta menghalang kemasukan umat Islam esok.

Selain itu, sekurang-kurangnya 270 penduduk haram dibawah perlindungan tentera rejim Zionis menyerbu masjid al-Aqsa sejak Khamis melalui pintu gerbang Ar-Rahmah.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close