Berita UtamaUtama

Amaran ribut petir di 7 negeri hingga tengah malam ini

Cuaca buruk dijangka babit negeri di Semenanjung dan Sabah

BANGI, 9 Zulhijjah 1440H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, jabatan itu berkata, cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan di beberapa kawasan sehingga jam 12 tengah malam ini.

Amaran itu membabitkan negeri di utara Semenanjung iaitu Perlis dan beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Ia turut menjejaskan Perak, iaitu Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar, kata jabatan itu.

Cuaca buruk berkenaan juga melanda negeri Pantai Timur membabitkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) serta Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Jabatan itu berkata, amaran sama juga membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Gombak, termasuk Sandakan, Sabah.
 

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close