Berita UtamaUtama

Aliran trafik masih perlahan

LPT1 sesak hingga menjejaskan pengguna menuju ke Temerloh

KUALA LUMPUR, 9 Zulhijjah 1440H, Sabtu – Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat jam 4 petang ini, berikutan orang ramai pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha esok.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, trafik perlahan dari Sungai Buloh ke Sungai Buaya, Bukit Tangga ke Lembah Beringin, Terowong Menora ke Sungai Perak dan Bukit Berapit ke Changkat Jering.

“Trafik juga perlahan dari arah Bukit Merah menuju ke Alor Pongsu, berikutan kemalangan di Kilometer 188.1 arah utara membabitkan sebuah kereta dan motosikal,“ katanya semasa dihubungi hari ini.

Beliau berkata, trafik juga perlahan arah selatan dari Putera Mahkota ke Seremban, Seremban ke Senawang dan dari Skudai menuju Senai Utara.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysian (LLM) berkata, trafik menuju ke timur juga bergerak perlahan menyebabkan kelewatan trafik dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR 2) menuju plaza tol Gombak dan dari sana ke arah Bukit Tinggi.

“Trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 juga kini sesak, menjejaskan pengguna yang menuju ke Temerloh dan bagi LPT2 pula, dilaporkan sesak bagi mereka yang menuju ke Kuala Terengganu dengan kelewatan dari Jabor ke R & R Perasing,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai aliran trafik melalui talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau LLM di 1800-88-7752 serta di Twitter, www.twitter.com/llminfotrafik. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close