Berita UtamaDuniaPalestinTimur TengahUtama

Ratusan Yahudi ceroboh al-Aqsa

Puak pelampau sengaja cetus provokasi putar-belit maklumat masjid

BAITULMAQDIS, 8 Zulhijjah 1440H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 270 penduduk haram Yahudi dibawah perlindungan tentera rejim pengganas Israel menyerbu Masjid al-Aqsa sejak Khamis.

Jurucakap Lembaga Bantuan Agama al-Quds, Firas al-Dibs berkata, serbuan dilakukan melalui pintu gerbang Ar-Rahmah.

Para penggubal undang-undang serta puak pelampau Yahudi sebelum ini juga dengan sengaja memburuk-burukkan serta memutar belit keadaan dan maklumat masjid berkenaan, dengan niat menimbulkan provokasi serta menambahkan kemarahan penduduk Palestin.

Sementara itu, Yahudi juga menggubal undang-undang baru dengan membenarkan lawatan oleh penduduk haram di masjid al-Aqsa sekali pada setiap tiga bulan, selepas diarahkan oleh Benjamin Netanyahu pada Julai tahun lepas.

Gerbang Ar-Rahmah adalah sebuah bangunan kecil menempatkan pejabat Majlis Warisan Islam menjadi laluan utama, terbesar dan tercantik menuju terus ke Masjidil Aqsa. Terletak di timur Masjid Al-Aqsa, Barat menamakannya sebagai ‘Golden Gate’.

Mendakwa pejabat majlis warisan itu digunakan untuk aktiviti politik, rejim Zionis menutupnya dari dalam menggunakan batu-bata sejak 2003.

Tetapi, bulan lalu, buat pertama kali selepas 15 tahun, umat Islam Palestin memasuki laluan Gerbang Ar-Rahmah apabila mereka merempuh penghadang diletakkan askar Israel, untuk solat Jumaat.

Tindakan biadab Israel menutup gerbang itu termasuk menggunakan rantai keluli dianggap sebagai usaha Zionis untuk menyahudikan Masjid Al-Aqsa, dengan pembinaan kuil mereka. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close