Berita UtamaDuniaPalestinTimur TengahUtama

Nicaragua buka kedutaan di Palestin

Mazen Khuffash janji eratkan hubungan dua hala kedua-dua negara

BAITULMAQDIS, 8 Zulhijjah 1440H, Jumaat – Negara terbesar di Amerika Tengah, Nicaragua mengumumkan untuk membuka kedutaannya di Palestin, lapor media Wafa.

Kedutaan baru itu disahkan oleh Menteri Luar Negeri Palestin, Riyadh Al-Maliki.

Al-Maliki mengalu-alukan pelantikan Mazen Khuffash sebagai duta Nicaragua dan menyatakan bahawa pembukaan kedutaan baharu itu membuktikan Palestin masih lagi memainkan peranan penting di negara Amerika Tengah itu.

Khuffash dengan terujanya yang dilantik sebagai duta berkata, beliau akan mencuba sedaya upaya untuk mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara berkenaan.

Media Hispanik-Israel, Aurora melaporkan bahawa Khuffash sebelum ini pernah berkhidmat sebagai setiausaha kedutaan negaranya di Kuwait sejak 2013.

Palestin dan Nicaragua telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak awal 1980.

Berikutan serangan brutal rejim pengganas Israel terhadap kapal bantuan Mavi Marmara pada 2010 yang mengorbankan sembilan orang awam, Nicaragua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Tel Aviv dan hubungan diplomatik berkenaan diteruskan hanya pada tahun 2017. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close