Berita UtamaDunia

Delegasi Israel akan ke Sudan ‘normalkan hubungan’

PM Sudan perlu persetujuan Parlimen, ada percanggahan pendapat

TEL AVIV, 8 Rabiulawal 1442H, Ahad – Delegasi Israel akan ke Sudan beberapa hari lagi, selepas kedua-dua pihak bersetuju mengambil langkah untuk menormalkan hubungan, kata pemimpin negara haram Benjamin Netanyahu.

Perjanjian normalisasi yang diumumkan pada Jumaat itu turut disokong negara pembuli Amerika Syarikat (AS), menjadikan Sudan sebagai negara ketiga mengenepikan permusuhan dengan Israel dalam dua bulan terakhir.

Sebelum ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain turut mengambil langkah sama dengan mengadakan hubungan normalisasi bersama Israel.

“Satu delegasi Israel akan berangkat ke Sudan dalam beberapa hari lagi bagi menyelesaikan perjanjian itu,” kata Netanyahu.

Bagaimanapun, tempoh untuk mencapai kesepakatan itu masih tidak jelas.

Perkara itu juga menjadi tanda tanya kepada para pemimpin Sudan mengenai sejauh mana negara itu bakal menjalin hubungan dengan Israel.

Sementara itu, Perdana Menteri Sudan memerlukan persetujuan dari Parlimen yang belum dibentuk untuk meneruskan hubungan normalisasi dengan negara haram itu.

Perkara itu sememangnya bukan mudah untuk diputuskan selain mengambil tempoh masa agak lama disebabkan terdapat pelbagai percanggahan pendapat.

Keputusan Presiden AS Donald Trump menyingkirkan Sudan dari senarai negara pengganas sekali gus memberi kesempatan kepada AS meneruskan kesepakatan itu.

Tambahan pula, ia seolah-olah masa tepat kepada Trump ketika dia mahu mendapatkan sokongan pada pilihan raya semula 3 November ini – bagi mengejar saingannya dari Parti Demokrat Joe Biden.

Trump memeterai perjanjian Israel-Sudan melalui panggilan telefon bersama Netanyahu, Perdana Menteri Sudan Abdalla Hamdok serta Ketua Majlis Peralihan Abdel Fattah Al-Burhan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button