Berita PilihanBerita UtamaGambar PilihanIstimewaUtama

Khat: Jangan ambil kesempatan keputusan ‘longgar’ KPM

Vernakular diminta tak desak tuntutan halang usaha perpaduan kaum

BANGI, 8 Zulhijjah 1440H, Jumaat – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) mengingatkan penentang tulisan khat supaya tidak mengambil kesempatan dengan menidakkan pembelajaran berkenaan di sekolah sekolah vernakular dalam usaha menjaga seni warisan negara.

Presidennya, Ustaz Mohd Azizee Hasan, iGuru mencadangkan agar usaha dalam pelbagai bentuk aktiviti perlu digiatkan untuk menguasai tulisan berkenaan.

“Ia meliputi tidak kira sama ada kokurikulum atau ko-akademik sebagai alternatif diluar skop pentaksiran,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bahawa jemaah menteri memutuskan pengenalan tulisan khat ini akan dimuatkan sebanyak tiga muka surat sahaja dalam buku teks.

Katanya, jemaah menteri juga menetapkan supaya pengenalan tulisan khat dilaksana secara pilihan dengan guru diberikan kuasa untuk membuat keputusan mengenai kaedah pelaksanaannya di bilik darjah masing-masing.

Menyambut baik keputusan berkenaan, Ustaz Azizee berharap semua pihak akur dengan keputusan menteri dan bergerak ke hadapan untuk mengekalkan seni warisan negara

“Meskipun pihak KPM menyebut ia hanya pilihan dan dikurangkan daripada enam muka surat menjadi tiga muka surat, seharusnya pihak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) tidak memandang remeh usaha mengangkat seni keindahan tulisan khat seperti kaligrafi Cina,” katanya.

Katanya, ianya agak mustahil bagi pelajar-pelajar di SJKC dan SJKT untuk menghargai seni estetika budaya negara, memandangkan langkah KPM mengurangkan muka surat dilihat sama seperti pengajaran tulisan jawi dan khat hanya mampu dilaksanakan sekali dalam setahun.

Justeru, beliau juga menggesa semua pihak terutama sekolah vernakular untuk mengutamakan kepentingan berintegrasi nasional serta tidak mendesak sebarang tuntutan yang boleh menghalang usaha memupuk perpaduan kaum.

“iGuru juga berharap agar semua pihak akur dengan keputusan Menteri Pendidikan dan bergerak ke hadapan bagi mengekalkan seni warisan negara,” katanya.

Sebelum ini, su penggunaan tulisan khat dalam buku teks di semua sekolah hangat diperdebatkan selepas kumpulan pendesak Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) serta pemimpin DAP termasuk anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) membantah keputusan KPM mengenai perkara itu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close