KolumnisUstaz Sharipudin Abdul Kadir

Kerana Melayu dan Islam

DI negara asal mereka. Penguasa mengarahkan lambang halal tulisan Arab diturunkan di restauran muslim. Di Malaysia mereka menolak tulisan jawi. Ada persamaan antara mereka walaupun berada di lokasi yang berlainan. Ini bermakna mereka semua sama. Masih ada agenda yang sama di seluruh dunia.

Cuma tindakan bergantung sejauh mana kekuatan mereka di negara mana berada. Kalau dulu mereka revolusiner, sekarang pun revolusiner. Kalau dulu merampas dan menjarah sekarang pun merampas dan menjarah.

Fahaman komunis adalah pegangan sepanjang zaman. Fahaman menolak agama dan agama adalah candu masyarakat. Fahaman ini yang menjadi pegangan negara asal mereka.

Nasib Uyghur sebagai bukti jelas sikap dan perangai mereka walaupun di mana mereka berada. Fahaman yang sama akan dilaksanakan di Malaysia jika mereka menguasai Malaysia.

Begitu juga di Malaysia. Masa ambang merdeka mereka menerima semua kontrak sosial dan kandungan Perlembagaan Negara kerana mereka ingin menetap di Malaysia dengan taraf warganegara. Sekarang mereka dah dapat kekuatan.

Lebih-lebih lagi bila dah menguasai kerajaan peluang untuk mereka menolak mana-mana agenda yang berkaitan dengan Melayu dan Islam. Bukan semata-mata kerana pelajaran jawi mereka menolak tetapi yang lebih utama daripada itu ialah mereka menolak semua agenda yang ada kaitan dengan bangsa Melayu dan Islam. Mereka sebenarnya menolak kepimpinan Melayu dan Islam.

Wajah dan sikap asal mereka semakin terserlah bila di dalam kerajaan. Tapi malangnya Melayu muslim masih nyenyak dibuai mimpi kerana diulik dengan kata-kata lunak daripada kumpulan ini.

Ustaz Sharipuddin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close