KolumnisUstaz Mohd Hazizi Abdul RahmanUtama

DAP jahat berbanding penjajah British : Naib Presiden Berjasa

Muncikari beragama Islam sudah menang, tidak kisah rancangan DAP

MENTERI Besar Selangor sepatutnya membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang membenarkan penukaran keagamaan unilateral dalam sidang DUN Selangor kali ini. RUU ini telah pun mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor.

Bagaimanapun, sidang DUN Selangor ditangguhkan setelah berlangsung hanya dua hari. Speaker Dewan memberikan pelbagai alasan.

Tetapi yang menariknya Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serentak membuat kenyataan bahawa DAP tidak akan menyokong RUU tersebut.

Berdasarkan kenyataan dua pemimpin DAP ini, serta diperkuatkan dengan senario DUN Selangor, saya berpendapat DAP lebih jahat daripada penjajah British. Ini kerana penjajah British tidak pernah masuk campur hal ehwal agama Islam.

DAP masuk campur mengenai Enakmen Pentadbiran Agama Islam, malah berazam untuk guna kuasa yang mereka ada untuk menyekat RUU yang sudah diperkenan oleh DYMM Sultan, sedangkan urusan agama Islam berada di bawah kuasa Sultan.

Muncikari mereka yang beragama Islam senyap tidak berdetik. Mereka sudah kenyang memakan habuan kemenangan, maka mereka tidak kisah apa sahaja yang DAP mahu lakukan dalam negara ini.

Perut mereka kenyang hasil persekongkolan yang menggadaikan maruah dan kuasa umat Islam hingga tiada kuasa ke atas agama mereka sendiri. Dibimbangi mereka mati dalam keadaan perut yang membusung busuk akibat khianat agama sendiri. Semoga sempat bertaubat.

Ustaz Hazizi Abd Rahman
Naib Presiden Berjasa

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close