KolumnisUstaz Mohd Hazizi Abdul RahmanUtama

Jawi di Jakim, jabatan agama: Adakah perlu izin DAP?

Orang Melayu perlu bangkit melawan puak cauvinis ultra kiasu

MUTAKIHR kita diheret ke dalam polemik yang tidak perlu iaitu isu tulisan jawi yang mahu dimasukkan ke dalam silibus Sekolah Jenis Kebangsaan. Saya katakan tidak perlu kerana negara ini sememangnya beridentitikan Melayu. Oleh itu melayan desakan kumpulan cauvinis ultra kiasu dalam isu ini hanya membuang masa kita.

Saya berpendapat, orang-orang Melayu perlu bangkit melawan puak cauvinis ultra kiasu ini dengan memperhebatkan penggunaan tulisan jawi di merata tempat. Ini sahaja cara yang paling ampuh. Lagi dilawan, lagi bangkit.

Agensi-agensi kerajaan terutamanya jabatan-jabatan agama Islam dan JAKIM sendiri dicadangkan menggunakan tulisan jawi dalam surat-surat rasmi mereka dan segala medium komunikasi mereka.

Tiada maruahkah kita jika Kementerian Pendidikan mahu memasukkan silibus khat ke sekolah rendah, sedangkan kita yang memegang kuasa di jabatan agama dan JAKIM sendiri enggan menggunakan identiti sendiri?

Adakah reformasi jawi di JAKIM suatu yang sukar bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa? Adakah isu sebegini juga perlu lampu hijau daripada DAP?

Begitu juga dengan masyarakat Islam, gunakan tulisan jawi dalam komunikasi mereka. Kad jemputan perkahwinan, tulisan dalam media sosial, kad bisnes, papan-papan tanda iklan premis perniagaan, hanyalah sekadar contoh untuk ditukarkan penggunaan rumi kepada jawi.

Mereka yang mahir jawi pula seharusnya memperbanyakkan kursus-kursus kemahiran sama ada secara atas talian mahupun semuka. Inilah masanya untuk ambil peluang arus isu semasa untuk mempromosi perniagaan.

Negara kita sudah merdeka lebih 60 tahun, tetapi puak-puak cauvinis ultra kiasu tidak pernah reda dengan identiti negara yang berteraskan bahasa dan budaya Melayu. Perjuangan mereka ialah untuk menghapuskan identiti Melayu negara ini dan itulah sebab wujud sekolah vernakular pun.

Penghapusan identiti ini berlaku dengan wujudnya dan lestarinya kelompok cauvinis ultra kiasu produk sekolah vernakular, yang wujudnya umpama kanser yang membunuh perpaduan rakyat negara ini.

Orang Melayu kena bangkit secara proaktif, dengan memperkasakan identiti negara yang berpaksikan budaya dan bahasa Melayu. Perangai reaktif kepada salakan chauvinis ultra kiasu mesti dihentikan. Sebaik-baik pertahanan ialah menyerang.

Ustaz Hazizi Abd Rahman
Naib Presiden Berjasa

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close