Berita UtamaIstimewaUtama

Pejuang vernakular benci identiti, warisan Melayu: Berjasa

DAP seboleh mungkin mahu jadikan Malaysia negara sekular

BANGI, 6 Zulhijjah 1440H, Rabu – Bantahan seni khat dan tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di semua sekolah, jelas membuktikan pejuang vernakular membenci identiti negara yang berasaskan bahasa Melayu.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), Muhammad Thalhah Kamarol Zaman berkata, isu itu tidak akan timbul sekiranya sekolah vernakular dihapuskan serta-merta dan digantikan dengan sekolah kebangsaan.

“Namun, perkara ini makin teruk apabila parti politik seperti DAP dan Gerakan terus bersikap rasis dengan memperjuangkan agenda vernakular yang terus mewujudkan jurang antara kaum.

“Sudah tidak dapat disangkal lagi agenda DAP yang tidak menginginkan negara ini dicorakkan dengan adat dan identiti Melayu. Lim Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Kepong tanpa berselindung lagi berkongsi sebuah hantaran Facebook menyamakan tulisan jawi dan tahi lembu.

“Ini bukanlah kali pertama Ahli Parlimen DAP mempersendakam tulisan jawi, sebelum ini Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim turut mempersoalkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Thalhah menegaskan, tulisan jawi adalah lambang ketamadunan Melayu yang perlu dipertahankan.

“Lambang-lambang kemegahan ini jugalah yang ingin dipadam oleh DAP yang ingin menjadikan negara ini sebagai sebuah negara sekular.

“Setelah lebih 60 tahun kita merdeka, kerajaan dibebani dengan ribuan warganegara yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik sehinggakan di mahkamah atau pejabat kerajaan kita terpaksa mengambil jurubahasa.

“Agenda perpaduan negara juga terus terbantut dengan sikap sebilangan warganegara yang tidak ingin belajar dan bertutur bahasa Melayu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close