Berita UtamaIstimewaUtama

Jawi khat: Kerajaan jangan ubah keputusan kerana penentang

SJKC patut lebih bersyukur kerana diperkenalkan bidang ilmu baharu

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 5 Zulhijjah 1440H, Selasa – Kerajaan Pusat diingatkan supaya tidak berganjak dengan pendirian dan keputusan untuk memperkenalkan tulisan jawi serta seni khat dalam subjek Bahasa Melayu Tahun Empat, walaupun menerima desakan kecil kumpulan penentang.

Ahli Jawatankuasa Pusat Tarbiyah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim berkata, keputusan kerajaan untuk mengembalikan martabat seni warisan Melayu dan Islam adalah tindakan tepat.

Beliau berkata, melalui usaha itu, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina sepatutnya berterima kasih kerana satu lagi bidang ilmu bakal diperkenalkan kepada pelajar.

“Tulisan jawi adalah warisan negara ini dan telah menjadi tulisan yang mencipta ketamadunan Melayu pada satu ketika dahulu.

“SJKC sepatutnya bersyukur kerana mereka masih wujud sebagai sekolah vernakular, padahal sepatutnya telah lama ia dileburkan dan tunduk di bawah satu sistem sekolah kebangsaan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan kumpulan penentang, khususnya pemimpin parti tamak haloba, DAP supaya tidak bersikap biadab menyifatkan usaha perkenalkan tulisan jawi di sekolah seperti ‘menyapu tahi lembu ke muka sendiri’.

“Saya bersetuju dengan sahabat saya Dr Ahmad Sanusi bahawa tulisan jawi adalah warisan bangsa Melayu. Jangan dihina tulisan yang telah merekodkan pelbagai khazanah Melayu.

“Bahkan, dokumen pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957 yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman ialah dalam tulisan jawi,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, penggunaan tulisan Jawi dalam buku teks sekolah akan terus digunakan sehingga tahun 2020.

Beliau menjelaskan tulisan Jawi atau seni khat dalam buku teks sudah digunakan sejak tahun 2016.

Bagaimanapun, segelintir pihak membabitkan pemimpin akar umbi DAP, termasuk 12 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan kumpulan pendesak Cina, Dong Zong serta Jiao Zong membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular.

Sabtu lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, kerajaan berpegang kepada dasar kemakmuran bersama dan tidak pernah menghalang penggunaan tulisan bahasa lain, sekali gus mengekalkan pendirian meneruskan rancangan Penggunaan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4.

“Kita tak pernah bantah tulisan lain (termasuk) dalam bahasa Cina kerana ini adalah sesuatu yang istimewa di negara kita ini. Tulisan bahasa Cina tidak dibenarkan di negara lain seperti Indonesia umpamanya, Filipina dan Thailand, mereka guna tulisan mereka,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close