Dunia

22 hospital di Gaza tak lagi berfungsi angkara rejim Israel

70 masjid musnah, 241 sekolah turut jadi sasaran

GAZA, 29 Rabiulakhir 1445H, Isnin – Sebanyak 22 hospital di Semenanjung Gaza sudah tidak boleh berfungsi berikutan pencerobohan rejim pengganas Israel ke atas wilayah terkepung itu.

Pejabat media kerajaan dalam kenyataan berkata, jumlah kematian rakyat Palestin kini mencecah 11,180, termasuk 4,609 kanak-kanak dan 3,100 wanita.

Katanya, jumlah mangsa yang cedera juga mencecah 28,200 dengan 70 peratus daripadanya adalah golongan kanak-kanak dan wanita.

“Disebabkan sasaran sengaja ke atas hospital, dengan ancaman khusus kepada kakitangan perubatan, sebanyak 22 hospital dan 49 pusat kesihatan telah dipaksa tidak beroperasi kerana pencerobohan Israel.

“Tambahan pula, pasukan penjajah menyasarkan 53 kenderaan ambulans,” kata pejabat itu.

Sejak pencerobohan bermula, kira-kira 70 masjid musnah sepenuhnya, 153 lagi alami kerosakan dan tiga gereja turut menjadi sasaran serangan Israel.

Mengenai kerugian pertanian, kenyataan itu berkata, dianggarkan AS$180 juta kerugian langsung direkodkan dengan lebih 25 peratus kawasan pertanian musnah, berjumlah 45,000 dunam.

Sebuah dunam bersamaan dengan 1,000 meter persegi.

“Selain itu, banyak pokok berbuah rosak dan keseluruhan ternakan ayam, itik dan kolam ikan musnah,” katanya.

Pejabat itu turut melaporkan, 92 pejabat kerajaan dan 241 sekolah turut menjadi sasaran serangan rejim Israel.

Sejak 37 hari lalu, tentera Israel telah melancarkan serangan dari udara, darat dan laut ke atas Gaza, yang memusnahkan kawasan kejiranan dan menyebabkan peningkatan korban awam.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button