Berita UtamaDr Ridhuan Tee AbdullahIstimewaKolumnisUtama

Jawi: Apa pendirian MACMA?

Jahatnya ultra kiasu tak mahu asimilasi, hanya nak cinakan orang lain

APA pendirian Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dalam isu jawi? Senyap seribu Bahasa. Sudahlah selama ini tidak bersuara sedikitpun ketika Islam dicerca dan dihina. Takkan dalam isu jawi pun masih mahu mempertahankan tulisan Cina bersama kumpulan ultra kiasu.

Apabila MACMA dipimpin oleh kumpulan pro ultra kiasu tidak ada lagi kedengaran suara mempertahankankan Islam, malah mereka turut bersekongkol dengan ultra kiasu dalam proses pencinaan. Adakalanya mereka bertindak lebih Cina daripada Cina atau lebih tanglung daripada Cina yang meraikan tanglung.

Semua orang tahu betapa agresifnya ultra kiasu dalam proses pencinaan. Mereka mahu buang identiti Melayu Islam, dan kalau boleh identiti Cinalah yang mekar di negara ini. Sebab itu, apabila ada sedikit penjawian, seperti isu khat jawi, yang akan diperkenalkan untuk pelajar tahun 4 SK, dan SJKC/T, mereka tentang habis-habisan. Itupun hanya 6 muka surat bukan 60. Takut sungguh Cina dan India dengan jawi.

Lebih malang lagi, ultra kiasu tidak boleh antara belajar jawi dan khat jawi. Belajar khat jawi terlalu sedikit berbanding dengan jawi sepenuhnya. Dalam kata lain, proses penjawian atau Islamisasi terlalu sedikit berbanding dengan proses pencinaan yang teramat ketara.

Mana tidaknya, lihat sahaja papan tanda yang terdapat pada bangunan Cina tanpa sedikitpun terjemahan seperti di bandar Sekinchan, Pulau Pinang dan sesetengah SJKC. Kenapa kita tidak pernah bising, malah membiarkan sehingga kaduk naik junjung.

Apakah MACMA turut bersama ultra kiasu dalam proses pencinaan ini? Jika begitulah keadaannya, bubarkanlah MACMA, saya rasa berdosa bersama AJK penaja lain dahulu menubuhkan MACMA pada tahun 1994. Akronim MACMA yang mewakili Malaysian Chinese Muslim Associaton itu, saya yang berikan namanya, kekal hingga ke hari ini. Sebelum itu dikenali sebagai MCMA.

Bila berlaku proses penjawian, heboh satu dunia mereka lawan. Bila berlaku proses pencinaan, mereka senyap dan buat banyak lagi senyap-senyap. Bila sudah tertegak, PBT tidak boleh buat apa-apa. Jika PBT robohkan, PBT yang salah bukan ulra kiasu.

Sama juga seperti pembinaan tugu atau patung pengkhianat komunis, Parti Komunis Malaya (PKM) atau MPAJA (Malayan Peoples’ Anti-Japanese Army), berskala besar, yang tersergam indah di Taman Peringatan Nilai, tepi lebuh raya Utara Selatan berhampiran bandar Nilai. Tugu atau patung tersebut dibina tanpa kebenaran. Tidak boleh disentuh termasuk PBT. Tugu tersebut menjadi sembahan orang Cina dan bertafakur, menyanjungi komunis sebagai pejuang negara.

Bekas ahli PKM, Au Heng kong, masih hidup hingga ke hari ini, tanpa segan silu mendesak kerajaan hari ini supaya mengiktiraf sumbangan PKM sebagai pejuang kemerdekaan. Hujahnya, komunis menentang Jepun dan British. Benarkah?

Sedangkan semua orang tahu parti berhaluan kiri ini, adalah pengkhianat, tidak ada kaitan langsung dengan pejuang kemerdekaan. Ultra kiasu terus memuja Chin Peng, sehingga mendesak kerajaan membenarkan mayatnya dikebumi di Sitiawan.

PKM (MPAJA) menentang Jepun kerana permusuhan antara dua negara, China-Jepun. Negara ini pernah berperang beberapa kali. Permusuhan China-Jepun kekal hingga ke hari ini.

Permusuhan yang tidak pernah kunjung padam ini digunakan kesempatan sepenuhnya Jepun apabila menduduki Malaya. Jepun tidak memberi peluang langsung kepada orang Cina yang ada di Malaya ketika itu.

Orang Cina yang dijumpai akan dizalimi dan diseksa, tidak kurang yang dibunuh tanpa cerita panjang. PKM dan orang Cina ketika itu ada pilihan lain, melainkan terpaksa melarikan diri dan lari ke dalam hutan untuk elakkan tindakan kejam Jepun.

Dalam maksud, penentangan Cina terhadap Jepun bukan untuk membebaskan Malaya ketika itu, tetapi lebih kepada permusuhan dua negara atau bangsa ini.

Sebab itu, apabila Jepun menyerah kalah, kejahatan PKM amat menyerlah. Komunis keluar daripada hutan untuk menguasai Malaya. PKM bertindak melakukan huru hara.

Sasaran komunis adalah orang Melayu. Ramai orang Melayu menjadi menjadi mangsa komunis ketika itu. Nasib baiklah pihak penjajah British kembali ke Malaya, selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua.

Sebagai ingatan, ketika Jepun menduduki Malaya, Britishlah yang paling banyak membantu komunis untuk menentang Jepun. Namun, apabila British kembali semula ke Malaya, British mula menyedari kejahatan dan bahayanya komunis.

Selain itu, kita tidak pernah dengar, komunis menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh British selepas kembali semula ke Malaya.

Malayan Union mahu menarik hak istimewa orang Melayu dan memberi taraf kewarganegaraan secara longar kepada bukan Melayu. Persoalannya, kenapa PKM Cina tidak menentang? Hanya orang Melayu sahaja yang menentang.

Jawapannya, mudah, sebab Malayan Union memberikan keuntungan kepada Cina. Cina akan mendapat kewarganegaraan dengan mudah apabila semua hak istimewa orang Melayu dihapuskan.

Ditakdirkan Malayan Union tidak ditentang orang Melayu sehingga berjaya dimansuhkan, tidak mustahil bilangan orang Cina sudah melebihi bilangan orang Melayu di Malaya. Jika begitulah keadaannya, saya pasti, tidak mustahil PKM menguasai Malaya.

Sejarah sebeginilah yang ahli-ahli MACMA perlu tahu, jangan hanya terlalu kecinaan. Jika tidak tahu, mari belajar dengan saya, termasuk ahli jawatan kuasa mereka.

Berbalik kepada isu khat jawi, belajar khat jawi sebanyak 6 muka surat, jika ditanya kepada saya, antara kepentingan tulisan jawi dengan tulisan Cina, sudah tentu kita akan meletakkan kepentingan tulisan yang ada kaitan dengan Islam di hadapan berbanding dengan tulisan yang agak kurang berkaitan.

Jawi adalah tulisan al-Quran. Dengan memahami jawi, boleh membantu kita membaca al-Quran walaupun tidak sebaiknya. Tetapi sehebat atau sefasih macam pun bahasa Cina kita, tidak mungkin kita boleh membaca al-Quran, jika jahil jawi. Sebab itu, masih ramai ahli MACMA yang tidak boleh membaca al-Quran. Sekadar masuk Islam pada nama sahaja. Itupun kadang-kadang tidak ada pada nama.

Justeru, sudah sampai masanya NGO mualaf ini memahamkan AJK dan ahlinya mengenai fiqh awlawiyyat, fiqh berkaitan memahami keutamaan.

Saya bimbang ada dalam kalangan ahli MACMA yang menggunakan MACMA sebagai batu loncatan untuk mendapatkan, peluang, gelaran dan pangkat.

Ketika saya mula-mula bersama-sama AJK penaja lain menubuhkan MACMA, kami bekerja siang malam bagi memastikan matlamat MACMA tercapai, selain daripada menyampaikan Islam, kami turut sama mempertahankan Islam

Setelah sekian lama memimpin MACMA bersama rakan yang lain, maka tibanya masanya kami mengundurkankan diri. Malang selepas itu, ia dipimpin oleh kumpulan yang pro ultra kiasu.

Dalam isu tulisan jawi, Menteri Pendidikan telah bersuara mempertahankan jawi, MACMA macam mana? Apakah MACMA akan bersama-sama ultra kiasu menolak jawi dan mempertahankan proses pencinaan ultra kiasu? Bertaubatlah MACMA.

Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan jawi pernah berkembang padak zaman Kerajaan Islam Pasai. Kemudian, ia disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.

Bukti sehingga ke hari ini adalah, dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu pada 702H atau 1303M.

Tulisan rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19, berbanding dengan tulisan Cina yang diperkenalkan ketika berlakunya penghijrahan orang Cina ke Malaya.

Bukti ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Cina. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penjajahan British, bukan tulisan Cina.

Tulisan jawi sebenarnya masih digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu hingga ke hari ini bagi negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Memang tidak dinafikan tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Cina datang kemudian. Orang Cina perlu sedar diri. Antara tulisan pribumi dan tulisan pendatang ketika itu.

Pada satu ketika dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu. Jawi digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Jawi digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak Raja-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.

Jawi terpampang dalam duit kertas, jata negara dan lain-lain. Pemasyhuran kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain, turut ditulis dalam tulisan Jawi. Jawi dan Melayu berpisah tiada. Kenapa ada tangan-tangan jahat yang mahu memisahkan. Ini sudah melampau.

Nasihat saya kepada persatuan Cina, kamu tidak akan rugi belajar. Malah, orang Melayu akan lebih rasa hormat terhadap kamu. Maknanya, ia amat baik untuk perpaduan negara. Malangnya, kamu terlalu ultra kiasu. Dalam kepala kamu, hanya mahu mencinakan orang lain, langsung tidak mahu berasimilasi walau sedikit. Jahat sungguh kamu.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close