Asean/Asia-PasifikBerita UtamaDuniaUtama

31 terkorban, 3 hilang bot terbalik

Insiden babitkan 3 bot berlepas dari pelabuhan IIoilo, pulau Guimaras

MANILA, 4 Zulhijjah 1440H, Isnin – Sekurang-kurangnya 31 terbunuh, manakala tiga lagi hilang selepas tiga bot terbalik dalam insiden berasingan, ketika angin kencang dan laut bergelora di Filipina.

Pengawal pantai Armand Balilo berkata, ketiga-tiga bot itu berlepas dari bandar pelabuhan IIoilo dan pulau Guimaras dan insiden berlaku pada masa yang sama.

“Angin dan ombak tiba-tiba menjadi kuat,” katanya.

Musim monsun di barat daya menyebabkan laut bergelora di bahagian barat Filipina sepanjang minggu lalu.

Sementara itu, Palang Merah Filipina menyiarkan gambar dua kapal malang itu dalam media sosial yang menunjukkan sebuah daripadanya kapal terbalik ke bawah dan satu lagi hampir tenggelam.

Ramalan kaji cuaca pada Jumaat memberi amaran hujan lebat dan ribut petir kira-kira 875 kilometer dari pantai timur negara berkenaan, manakala segala aktiviti termasuk pengajian di sekolah dan kerja di pelbagai firma dibatalkan pada hari itu, mengakibatkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Kira-kira 20 kejadian taufan membadai negara itu setiap tahun, sekaligus menjadikan kepulauan yang terletak di lautan Pasifik itu sebagai satu daripada negara yang mengalami bencana paling dahsyat di dunia. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close