Berita Utama
Nga Kor Ming letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Keputusan tanda solidariti kepada bekas Yang Dipertua
KUALA LUMPUR, 21 Zulkaedah 1441H, Isnin – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.
Nga yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, beliau mengambil keputusan itu sebagai tanda solidariti kepada bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan hanya mahu berkhidmat kepada kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat.
“Surat peletakan jawatan akan saya tandatangan dan berikan kepada Setiausaha Dewan Rakyat sebentar lagi,” katanya dalam sidang media di Parlimen di sini hari ini.
Terdahulu, usul kerajaan untuk mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan dengan 111 bersetuju dan 109 membantah. -Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.