ArtikelBerita PilihanBerita UtamaUtama

Bantah tulisan jawi umpama tentang warisan Melayu

Segelintir kaum Cina pandang rendah bangsa sendiri cakap Melayu

1. SURAT khabar Melayu yang pertama iaitu Jawi Peranakan diterbitkan dari 1876 sehingga 1895 dalam tulisan Jawi.

2. Utusan Melayu diterbitkan pertama kali pada 1939 dalam tulisan Jawi.

3. Dokumen pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957 yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman ialah dalam tulisan Jawi.

4. Batu Bersurat (1303M) yang ditemui di Kuala Terengganu adalah dalam tulisan Jawi.

Penggunaan tulisan Jawi mula merosot apabila Akta Bahasa Kebangsaan diwartakan pada tahun 1963 dengan memutuskan bahawa tulisan rasmi negara Malaysia ialah tulisan Rumi. Namun untuk mengatakan tulisan Jawi bukan sebahagian dari silibus dan tiada kena mengena dengan pembelajaran adalah sangat jauh menyeleweng faktanya.

Tulisan Jawi adalah warisan orang Melayu, penduduk asal Malaysia yang dikenali sebagai Tanah Melayu dulu. Tiada kaitan dengan agama yang dianuti oleh orang Melayu iaitu agama Islam, sebagaimana tiada kaitan Bahasa Cina dengan agama Buddha yang sesetengah orang Cina anuti di Malaysia.

 

Sedarkah sahabat bahawa dengan menentang pengenalan tulisan Jawi dalam silibus sekolah itu seolah-olah menentang warisan orang Melayu? Sejarah membuktikan tulisan Jawi adalah warisan orang Melayu dan warisan orang Melayu adalah warisan Malaysia, dan warisan Malaysia adalah warisan semua rakyat Malaysia.

Sebagaimana Lee Chong Wei tiada masalah memakai baju Melayu yang juga baju kebangsaan Malaysia, walaupun ianya baju Melayu dan sebagaimana penjawat awam diwajibkan memakai batik pada setiap Khamis dan membawa serta memakai Batik Malaysia apabila bertugas di luar negara, maka tulisan Jawi ini juga tidak seharusnya dipolemikkan dan ditentang mana-mana pihak kerana ianya WARISAN MALAYSIA!

Saya menyeru sahabat yang menentang tulisan Jawi agar waras dalam berfikir sebelum menentang. Jangan menjolok sarang tebuan kerana bila dijolok saya risau tebuan akan menyengat bukan sahaja penjolok, tetapi yang tidak menjolok sekadar menonton dan bergerak ketawa juga akan disengat.

Kepada Dong Zong & Jiao Zong yang memprotes, kita adalah rakyat MALAYSIA berbangsa Cina bukannya rakyat China. Bangsa Cina yang menjadi rakyat di Jepun, Thailand, Amerika, Eropah, Indonesia dan seluruh dunia mampu bertutur fasih dalam bahasa kebangsaan mereka. Rakyat Thai berbangsa Cina bercakap Thai sesama mereka! Rakyat Indonesia berbangsa Cina bercakap bahasa Indonesia sesama mereka.

Rakyat Malaysia berbangsa Cina nak bercakap bahasa Melayu pun ada yang tak pandai! Malahan ada yang memandang rendah bangsa Cina lain yang bercakap Bahasa Melayu sedangkan bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan! Kita semua inginkan perpaduan dan bahasa kebangsaan adalah bahasa yang membolehkan kita semua berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain.

Cukup-cukuplah. Prof Khoo Kay Kim seorang Cina dan fasih berbahasa Melayu, bila mati dihina orang Cina sendiri hanya kerana dia mengatakan kebenaran berdasarkan fakta, sedangkan yang menghinanya banyak yang auta. Prof Lim See Tin berbangsa Cina fasih berbahasa Melayu. Tidak dilupa bekas Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw bukan sahaja fasih Bahasa Melayu, tetapi pandai juga tulisan Jawi. Kenapa mereka boleh berbahasa Melayu dengan baik?

Kerana mereka MALAYSIAN FIRST CHINESE SECOND. Malu pada sahabat kita dari Bangladesh, India & luar negara yang mampu bertutur bahasa Melayu jauh lebih fasih dari sebilangan rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia walaupun mereka itu baru beberapa bulan di Malaysia? Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Peringatan terakhir saya, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Fahamilah.

Firdaus Wong Wai Hung
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close