Berita UtamaPalestinUtama

42 rakyat Palestin cedera angkara Zionis

Israel guna peluru hidup, getah ketika protes mingguan

GAZA, 2 Zulhijjah 1440H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 42 penduduk Palestin cedera akibat terkena peluru hidup dan peluru getah yang ditembak oleh askar rejim pengganas Israel ketika protes mingguan di sempadan Gaza-Israel, semalam.

Memetik laporan agensi berita rasmi Palestin, Wafa, tentera Israel mengendalikan pagar pemisah di Semenanjung Gaza dengan melepaskan peluru hidup dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan di perkampungan sepanjang sempadan.

Seramai 21 rakyat Palestin cedera akibat terkena peluru hidup dan jumlah yang sama turut cedera akibat peluru getah.

Difahamkan, beberapa penunjuk perasaan yang cedera ketika protes mingguan itu dimasukkan ke hospital, sementara ada yang dirawat di hospital lapangan.

Protes mingguan – ‘The Great March of Return’ – adalah protes yang dilancarkan pada 30 Mac tahun lalu oleh ribuan rakyat Palestin di Gaza – kerana menderita akibat pengepungan Israel selama sedekad.

Langkah itu terpaksa diambil berikutan kesulitan hidup di Gaza serta ancaman yang sengaja dicetuskan pihak berkuasa Israel terhadap Baitulmaqdis.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan, rejim Israel membunuh sekurang-kurangnya 305 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 17,000 yang lain sejak awal perarakan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close