Berita UtamaDuniaUtama

5 maut letupan bom di Pakistan

2 polis antara terbunuh, 27 cedera jadi mangsa militan bersenjata

ISLAMABAD, 28 Zulkaedah 1440H, Rabu – Sekurang-kurangnya lima orang termasuk dua anggota polis terbunuh manakala 27 yang lain cedera dalam satu letupan bom buatan sendiri berhampiran sebuah balai polis di barat daya Quetta, Pakistan semalam.

Kejadian itu berlaku seminggu selepas letupan serupa membunuh dua orang, kata polis.

Reuters melaporkan, sebuah motosikal diletupkan untuk menyasarkan van polis yang diletakkan di luar balai polis di tengah-tengah kawasan membeli-belah yang sibuk di Quetta, kata ketua polis kota itu.

Dalam letupan serupa pada Selasa lalu, dua orang terbunuh manakala 25 cedera ketika sebuah motosikal meletup di luar sebuah kedai di Quetta.

Quetta adalah antara bandar yang menjadi sarang kumpulan militan bersenjata.

Keganasan di wilayah Balochistan, yang bersempadan dengan Afghanistan dan Iran, telah menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan pelaburan, khususnya rangkaian tenaga yang dirancang untuk dilaksanakan dari barat China ke pelabuhan selatan Gwadar di Pakistan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close