Berita UtamaDuniaPalestinTimur TengahUtama

Tindakan biadab Yahudi tak pernah henti, ICC digesa siasat

Perobohan rumah antara dasar haram Israel untuk halau Palestin

BAITULMAQDIS, 22 Zulkaedah 1440H, Rabu – Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim pengganas Israel yang meroboh perumahan penduduk Palestin kelmarin, dengan menyifatkannya sebagai satu jenayah perang yang tidak berperikemanusiaan.

Serentak itu, Setiausaha Agungnya, Saeb Erekat menyeru seluruh masyarakat antarabangsa menggesa Mahkamah Jenayah Antarabngsa (ICC) membuka kertas siasatan terhadap Israel, susulan keganasan yang tidak pernah henti.

Saeb juga mendesak Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet untuk melaksanakan mandatnya di bawah resolusi Majlis Hak Asasi Manusia 31/36, berusaha memberi perlindungan antarabangsa kepada warga Palestin.

Katanya, PLO membantah tindakan biadab rejim pengganas yang mengusir warga Palestin dari Baitulmaqdis, termasuk merampas tanah, menafikan hak kewarganegaraan, membatalkan permit tempat tinggal serta memisahkan mereka daripada ahli keluarga.

“Rejim Zionis yang disokong Mahkamah Tinggi Israel, telah mengarahkan pemusnahan kawasan perumahan warga Palestin dengan alasan kononnya sebagai langkah keselamatan.

“Hakikatnya tindakan kejam di Sur Baher adalah contoh dasar serta kegiatan haram Yahudi bertujuan mengusir rakyat Palestin dari wilayah itu. Mereka juga ingin menunjukkan kewujudan mereka di Palestin,” tegas beliau.

Katanya, masyarakat antarabangsa bukan sahaja gagal menghentikan perobohan bangunan perumahan itu, malah gagal menghentikan tindakan biadab Yahudi yang dilakukan secara berterusan.

Beliau berkata, tindakan Yahudi itu juga melanggar Konvensyen Geneva Keempat serta disifatkan sebagai jenayah perang kata Status Rom ICC.

Isnin lalu, ratusan rejim pengganas Israel menyerbu kawasan perkampungan Sur Baher, di Timur Baitulmaqdis dan mengisytiharkannya sebagai zon tentera.

Mereka bertindak secara biadab menghalau penduduk dari kediaman dan turut menanam bahan letupan di perumahan itu bagi untuk tujuan pemusnahan. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close