Berita UtamaUtama

Rasuah: 6 anggota JPJ didakwa

Mereka terima antara RM10,000 dan RM32,000 secara bulanan

GEORGE TOWN, 22 Zulkaedah 1440H, Rabu – Seramai enam orang lagi penguat kuasa JPJ dibawa ke Mahkamah Sesyen di Butterworth dekat sini hari ini untuk menghadapi pertuduhan rasuah bersekongkol dengan pengusaha lori di sekitar Pulau Pinang.

Mereka ini merupakan sebahagian dari 18 orang anggota dan pegawai JPJ yang bakal diheret ke mahkamah secara berperingkat-peringkat mulai hari ini seperti yang diumumkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya semalam.

“Pegawai (yang terlibat untuk didakwa) itu bukan bertaraf tinggi sangat,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke pejabat SPRM Pulau Pinang semalam.

Mereka yang didakwa hari ini merupakan sebahagian dari 31 individu termasuk 23 anggota penguat kuasa JPJ yang ditahan SPRM 16 April lepas bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya yang membawa muatan berlebihan di sekitar negeri itu.

Semua penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 itu dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 dan RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close