Tarbiyyah

7 tips bina keyakinan anak-anak

Daftar kelab sukan, seni pertahan diri serta pelbagai persatuan sosial

1. TERANGKAN kepada anak-anak yang telah mula faham akan konsep kelebihan dan kekurangan diri setiap orang. Ajarkan mereka contoh dari diri mereka sendiri, diri anda dan pasangan serta adik beradik lain untuk memudahkan kefahaman. Ilmu asas ‘self awareness’ ini adalah tunjang kepada keyakinan diri kanak-kanak

2. Berikan tugas mudah harian di rumah seperti menyiapkan katil, membasuh pinggan, melipat kain dan menyapu sampah bagi memberikan mereka ‘sense of achievement’. Ia mampu menanamkan keyakinan bahawa mereka mampu menyumbang dan membantu ke arah kebajikan rumah dan ahli keluarga yang lain

3. Seterusnya, berikan tugasan yang lebih mencabar seperti membantu adik menyiapkan kerja rumah, memasak, membasuh baju dan lain-lain berdasarkan kesesuaian umur

4. Setiap kali pergi membeli-belah, minta anak-anak membuat senarai barang dapur, memilih barang dan jenama serta melakukan pembayaran secara berdikari (dengan pemantauan minima)

5. Daftarkan mereka ke kelab-kelab sukan, seni mempertahankan diri serta pelbagai persatuan sosial (selain di sekolah) bagi meluaskan jaringan dan perhubungan sosial mereka dengan masyarakat umum

6. Kongsikan kisah peribadi anda atau cerita yang berkaitan tentang keyakinan diri kepada anak-anak secara konsisten melalui sesi santai atau semasa bed-time stories

7. Bawa anak-anak lawati tempat baharu, mencuba aktiviti luar kebiasaan, berkenalan dengan kawan baharu dan sentiasa keluar dari zon selesa mereka.

Selamat Mencuba!

Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Kluster Tarbiah ISMA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close