Berita UtamaUtama

Video seks: Polis ambil keterangan ADUN

Tahanan reman suspek disambung hingga esok

KUALA LUMPUR, 21 Zulkaedah 1440H, Selasa – Polis telah mengambil keterangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membantu siasatan kes video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, ADUN yang berusia 34 tahun itu hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira 10 pagi Isnin dan selesai memberi keterangan selama sejam setengah.

“Selain itu, tempoh tahanan reman seorang lelaki yang ditahan di Shah Alam Jumaat lepas yang tamat hari ini, disambung dua hari lagi sehingga Rabu (24 Julai),” katanya ketika dihubungi.

Sehingga kini, polis telah menahan 11 individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan tujuh daripadanya dibebaskan selepas tempoh reman tamat serta keterangan diambil.

Baru-baru ini, klip video seks memaparkan aksi dua lelaki tular di media sosial dan Haziq Abdullah pada 12 Jun lepas, mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam rakaman itu.

Khamis lepas, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata analisis CyberSecurity Malaysia mendapati kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close