Berita UtamaUtama

Tak perlu tubuh SMJK Tamil

Nie Ching usah tunduk tuntutan raih sokongan politik: iGuru

BANGI, 21 Zulkaedah 1440H, Selasa – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, tidak perlu tunduk kepada mana-mana desakan atau tuntutan demi meraih sokongan politik, kata Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan.

Mengulas mengenai cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menubuhkan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tamil, Ustaz Azizee berkata, membuka sekolah itu ibarat seperti menambah sekolah vernakular sebelum ini iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC).

“Tiada keperluan untuk menubuhkan SMJK Tamil buat masa ini. Apa yang paling penting, pihak KPM perlu memperkasa sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama semua kaum,” katanya kepada Ismaweb.

Semalam, Nie Ching memberitahu, kementeriannya sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan SMKJ Tamil bagi meningkatkan tahap pendidikan masyarakat India.

Katanya, kementerian itu telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Masyarakat India bagi meneliti lanjut perkara itu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk T Mohan yang ingin tahu status pembinaan SMJK Tamil pertama di Malaysia, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan seperti mana yang terkandung dalam Janji kelima: Iltizam khusus Pakatan Harapan untuk masyarakat India.

Pada perkembangan sama, Presiden iGuru menegaskan supaya sistem pendidikan perlu mengatasi kepentingan politik mahupun kaum.

Ini kerana katanya, membuka SMKJ Tamil akan menggagalkan hasrat Penyata Razak yang mahukan penyatuan semua budak-budak yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close