Berita UtamaUncategorized

Ringgit kekal 4.11

Mata wang kita bergerak dalam jajaran sempit

KUALA LUMPUR, 21 Zulkaedah 1440H, Selasa – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan peniaga mengambil pendekatan berhati-hati menjelang kemungkinan penurunan kadar faedah AS akhir bulan ini.

Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1120/1170 berbanding dolar AS daripada 4.110/1150 pada Isnin.

Peniaga berkata, ringgit bergerak dalam jajaran sempit menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS pada 30 hingga 31 Julai ini.

Beliau berkata selain itu, European Central Bank turut dijangka mengumumkan dasar monetarinya pada Khamis.

Peniaga itu berkata para pelabur juga akan menunggu keputusan daripada hasil penangguhan pengenaan tarif antara AS dan China.

Dilaporkan bahawa pertemuan bersemuka AS-China berkaitan rundingan perdagangan mungkin diadakan dalam jangka terdekat selepas beberapa pusingan perbincangan menerusi telefon.

Secara keseluruhan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0189/0236 daripada 3.0219/0253 ketika ditutup semalam dan tinggi berbanding yen kepada 3.8056/8113 daripada 3.8104/8151.

Unit tempatan juga meningkat berbanding euro kepada 4.6063/6131 daripada 4.6109/6166, tetapi turun berbanding pound Britain kepada 5.1264/1343 daripada 5.1248/1306. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close