Berita UtamaUtama

Haziq, Farhash bebas reman

KUALA LUMPUR, 21 Zulkaedah 1440H, Selasa – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku sebagai lelaki dalam satu video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri, dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau berkata, turut dibebaskan lagi adalah dua lagi individu termasuk Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan rakannya yang ditahan di Johor pada 16 Julai lepas.

“Semua mereka dibebaskan selepas tempoh reman mereka tamat pada hari ini manakala reman seorang ahli perniagaan yang ditahan di Shah Alam akan tamat esok,” katanya ketika dihubungi. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close