Berita PilihanBerita UtamaGambar PilihanIstimewaUtama

Cadangan tubuh SMJK Tamil langkah ke belakang: Berjasa

Nie Ching patut sokong aspirasi perpaduan bukan fokus kaum

BANGI, 21 Zulkaedah 1440H, Selasa – Cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menubuhkan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tamil hanya langkah ke belakang, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia, Muhammad Thalhah Kamarol Zaman.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching memberitahu, kementeriannya sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan SMKJ Tamil bagi meningkatkan tahap pendidikan masyarakat India.

Katanya, kementerian itu telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Masyarakat India bagi meneliti lanjut perkara itu.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk T. Mohan yang ingin tahu status pembinaan SMJK Tamil pertama di Malaysia, yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan seperti mana yang terkandung dalam Janji ke-lima: Iltizam khusus Pakatan Harapan untuk masyarakat India.

Menyifatkan keperluan penubuhan SMJK Tamil sebagai lapuk dan tidak masuk akal, beliau berkata, Nie Ching sepatutnya memikirkan idea lain yang lebih baik untuk sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, sekiranya tujuan utama penubuhan hanyalah untuk meningkatkan tahap pendidikan kaum India, maka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) sudah cukup memadai, malah dapat meningkatkan persefahaman antara kaum.

“Sepatutnya pendidikan di negara kita perlu disatukan dibawah satu bumbung sekolah kebangsaan agar setiap warganegara dapat memahami serta menghormati agama dan budaya lain, selain dapat fasih berbahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Thalhah beranggapan Nie Ching yang sebelum ini kerap menyalurkan sumbangan kepada sekolah jenis kebangsaan (SJK) dan persendirian Cina, tidak langsung menyokong perpaduan dalam pendidikan.

“Tindakan beliau secara tidak langsung lebih merenggangkan perpaduan kaum. Bukan itu sahaja, malah beliau juga dilihat terlebih mementingkan pendidikan masyarakat Cina berbanding kaum lain,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close