Berita UtamaUtama

Tukang masak ditipu RM27,000

Suspek dakwa boleh bantu lepas dari ditahan kes gubah wang haram

KUANTAN, 20 Zulkaedah 1440H, Selasa – Bimbang ditangkap, menyebabkan seorang tukang masak kerugian RM27,000 dalam tempoh sehari, selepas diperdayakan sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 55 tahun, mendakwa wang itu adalah ‘jaminan’ melepaskannya yang dikatakan terbabit dengan penggubahan wang haram.

Katanya, mangsa dihubungi suspek lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Inspektor’ Firdaus pada pagi Sabtu lalu, kononnya dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Suspek mendakwa dia boleh membantu mangsa untuk tidak ditahan, dengan syarat mangsa perlu menuruti semua arahannya termasuk memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan.

“Mangsa berbuat demikian namun mula berasa curiga, apabila telah membuat empat transaksi pemindahan wang secara online,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close