Berita UtamaUtama

Rasuah: Reman peguam, timbalan DPP dilanjut

KUALA LUMPUR, 20 Zulkaedah 1440H, Isnin – Reman terhadap seorang peguam dan seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang ditahan kerana disyaki terbabit rasuah, membabitkan pendatang tanpa izin dilanjutkan selama dua hari dan berakhir esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, enam anggota polis yang sebelum ini direman untuk membantu siasatan, dibebaskan hari ini.

“Saya hanya boleh mengesahkan tempoh reman seorang peguam dan seorang timbalan DPP dilanjutkan, manakala enam polis yang ditahan pula dibebaskan,” katanya kepada pemberita selepas ditemui pada majlis perasmian Bengkel Serantau Mempromosi Ketelusan Pemunya Benifisiari di sini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Kota menyifatkan kes itu dan penahanan peguam serta timbalan DPP berkenaan, sebagai sesuatu yang serius.

Pada 20 Julai lepas, enam anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dan masing-masing seorang timbalan DPP dan peguam ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close