Berita UtamaUtama

PM tak pernah sokong laman sesawang promosi bisnes Bitcoin

Komunikasi Dr Mahathir hanya dikeluarkan pejabat perdana menteri

PUTRAJAYA, 20 Zulkaedah 1440H, Isnin – Nama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dikesan disalahgunakan oleh pihak tertentu dalam dua insiden, hingga boleh menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan surat berbentuk e-mel kepada pihak pengurusan tertinggi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, demi mendapatkan sokongan peribadi dalam menjayakan pentadbiran beliau.

“Sebarang bentuk komunikasi rasmi daripada Perdana Menteri akan hanya dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, dan bukannya dari e-mel peribadi beliau,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini.

Pejabat Perdana Menteri juga menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak pernah menyokong mana-mana laman sesawang yang mempromosikan perniagaan Bitcoin.

Kedua-dua insiden itu telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

“Pejabat Perdana Menteri ingin menasihatkan sesetengah pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahguna nama dan kedudukan Perdana Menteri di dalam surat-menyurat mahupun laman sesawang kerana ini adalah salah di sisi undang undang,” katanya. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close