Uncategorized

Banjir di Selatan Thailand semakin buruk

Hujan sejak 4 Januari sebabkan 37,000 keluarga terjejas

BANGKOK, 25 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Hujan lebat dan pelepasan air dari Empangan Bang Lang di Yala menyebabkan banjir di Selatan Thailand bertambah buruk dan jumlah mangsa banjir meningkat.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana dalam kenyataan memaklumkan hujan lebat berterusan di empat wilayah – Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla sejak 4 Januari lepas menyebabkan 37,000 keluarga di 27 daerah terjejas berbanding lebih 28,000 keluarga, semalam.

Menurut kenyataan itu, Narathiwat adalah provinsi paling teruk dilanda banjir membabitkan 22,308 keluarga, diikuti di Yala (12,082), Pattani (2,810) dan Songkhla (60).

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu memaklumkan, kira-kira 391 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di empat wilayah terlibat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button