Uncategorized

Nasihat pakar diperlukan selesai isu pencemaran Pasir Gudang

53 kilang setuju bekal alat pengesan gas kepada sekolah

ISKANDAR PUTERI, 20 Zulkaedah 1440H, Isnin – Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan khidmat pakar dalam dan luar negara, bagi mencari jalan penyelesaian jangka panjang terhadap isu pencemaran udara di Pasir Gudang.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri Aminolhuda Hassan berkata, ini termasuk mengkaji dan menilai kedudukan Pasir Gudang secara holistik dalam usaha mencari penyelesaian terbaik untuk semua pihak di kawasan itu.

“Dalam hal ini, kerajaan negeri sedang menyemak satu-satu perkara yang menjadi keutamaan, kami tengok dari semua sudut, dari segi pembinaan landskap dan segalanya supaya kami dapat satu penyelesaian terbaik untuk semua.

Menjawab pertanyaan mengenai penempatan semula penduduk Pasir Gudang dan industri di kawasan itu, beliau berkata, kerajaan perlu panggil pakar dari dalam dan luar negara untuk beri pandangan yang paling baik, dan ini akan ambil masa juga.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas merasmikan majlis penyampaian International Data Corporation (IDC) Smart City Asia Pacific Award di Forest City Phoenix Hotel, di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri mengambil berat isu di Pasir Gudang dan akan sentiasa memantau perkembangan di sekolah demi keselamatan pelajar dan penduduk di sana.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, pihaknya sedang dalam proses susulan dengan pihak industri bagi memastikan pembekalan alat pengesan gas ‘volatile organic compounds’ (VOC) kepada sekolah yang terbabit.

“Sehingga kini, 53 kilang telah bersetuju untuk membekalkan alat itu,” katanya. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close