Berita UtamaDuniaPalestinTimur TengahUtama

Israel roboh perumahan Palestin

Rejim Zionis turut isytihar perkampungan Sur Baher sebagai zon tentera

BAITULMADQDIS, 20 Zulkaedah 1440H, Isnin – Ratusan rejim pengganas Israel menyerbu kawasan perkampungan Sur Baher, di Timur Baitulmaqdis pagi tadi dan mengisytiharkannya sebagai zon tentera.

“Awal pagi tadi, mereka berkeras dan bertindak secara biadab menghalau penduduk dari kediaman. Rejim pengganas turut menanam bahan letupan di perumahan itu bagi untuk tujuan pemusnahan,” kata ketua komuniti di Sur Baher, Hamada Hamada.

Aktivis Palestin dan antarabangsa yang berada di tempat kejadian cuba menghalang tindakan tentera namun gagal apabila rejim bertindak ganas menghalau sesiapa sahaja yang berada di kawasan sekitar.

Gabenor Palestin di Baitulmaqdis al-Quds, Adnan Gheith mengecam kekacauan rejim Zionis sebagai tidak berperikemanusiaan.

Jun lalu, mahkamah Israel menolak petisyen oleh seorang pemilik rumah terhadap arahan perobohan dan memberi masa seminggu untuk berpindah.

Pihak Yahudi mendakwa pemiliknya gagal mendapatkan permit bangunan daripada rejim Zionis.

Bagaimanapun, pemilik kediaman membidas bahawa tiada keperluan untuk meminta izin Yahudi bagi membina rumah, kerana mereka telah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Palestin, yang ditugaskan untuk menjalankan urusan perumahan di Tebing Barat.

Ahad lalu, Kementerian Luar Negeri dan Pegawai Luar Negeri Palestin menyeru Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) supaya melakukan siasatan terhadap ancaman rejim Zionis yang memusnahkan kawasan perumahan rakyat Palestin.

Kementerian itu berkata, keputusan mahkamah Israel membuktikan bahawa badan kehakiman Israel tiada kaitan dengan undang-undang, sebaliknya menyediakan perlindungan kepada penjenayah yang menindas penduduk Palestin.

Rejim pengganas Israel biasanya akan memusnahkan rumah mana-mana warga Palestin yang dituduh menyerang askarnya, sebagai amaran dan dengan alasan untuk mengekang keganasan.

Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa sudah lama mengkritik tindakan itu yang disifatkan sebagai hukuman kolektif. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close