Berita UtamaUtama

Anak speaker setiausaha akhbar Guan Eng, patut tiada tindakan

Zaman BN menteri yang menipu di bawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas

BANGI, 18 Zulkaedah 1440H, Ahad – UMNO kesal tiada sebarang tindakan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa berbohong mengenai hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, di zaman Barisan Nasional (BN) dahulu, sekiranya wakil rakyat atau menteri menipu pasti dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Tetapi hari ini tidak berlaku, bila Guan Eng tipu mengenai wang tuntutan GST, speaker tidak mahu ambil tindakan dengan alasan tidak ada perkara yang menjadi kesalahan sewaktu dia bercakap.

“Kita pun hairan pasal apa dia tak berani ambil tindakan, rupa-rupanya anak dia Setiausaha Akhbar kepada Guan Eng,” katanya seperti dilapor Umno Online.

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan tidak berlakunya kehilangan wang RM19.4 bilion hasil kutipan GST seperti yang didakwa Guan Eng tahun lalu di Dewan Rakyat.

Pengerusinya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, ia dirumuskan selepas pihaknya meneliti keterangan 10 saksi dan taklimat Ketua Audit Negara serta pandangan Peguam Negara menerusi prosiding yang dimulakan 12 September lalu.

Beliau berkata, hasil GST yang tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST digunakan untuk tujuan pembiayaan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, bukan hanya GST, banyak lagi perkara yang Guan Eng berbohong ketika sidang Parlimen antaranya mengenai dongengan hutang negara.

Beliau percaya pembohongan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP adalah semata-mata mahu memburukkan kerajaan terdahulu.

“Hutang negara kita (semasa BN) adalah RM686 bilion sahaja, sesiapa sahaja boleh akses dan tengok jumlah hutang itu tapi terang-terang Guan Eng tipu hanya semata-mata nak tunjukkan UMNO, BN mewariskan negara ini dalam keadaan yang cukup teruk dengan hutang yang tinggi.

“Tapi dalam tempoh lebih setahun ini dia telah meningkatkan jumlah hutang negara tak kurang dari RM104 bilion.

“Saya percaya kalau amalan kewangan cara Guan Eng ini diteruskan tanpa bantahan dari kerajaan, pasti hutang akan mencecah RM1 trilion. Itu tidak termasuk wang yang diambil dari Petronas sebanyak RM82 bilion,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close