Pendapat

Pesanan Rasulullah ﷺ buat si gila kuasa

Individu gilakan kuasa akan suka mencari aib manusia lain

RASULULLAH  ﷺ berpesan dalam sebuah hadis bahawa kegilaan manusia pada kuasa akan memusnahkan mereka. Sabda Rasulullah ﷺ:

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَنِعْمَ الْمُرْضِعَةُ وَبِئْسَتِ الْفَاطِمَةُ

“Sesungguhnya akan ada di kalangan kamu mereka yang bersungguh-sungguh gilakan kepimpinan dan ia akan jadi satu penyesalan di Hari Kiamat. Ia hanya menyenangkan di dunia dan penyesalan di akhirat. (HR al-Bukhari)

2. Bahkan Rasulullah ﷺ menegaskan bahawa individu yang gilakan kuasa ini tidak seharusnya diberikan jawatan. Perkara ini dijelaskan ketika Baginda ditanya mengenai mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Rasulullah ﷺ menjawab:

إنا لا تُولي هذا مَنْ سَألهُ وَلا مَنْ حَرَص عليه

“Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gilakan jawatan kepimpinan.”

3. Seorang tokoh sufi yang terkenal pernah berpesan bahawa gilakan kuasa akan merosakkan peribadi seseorang. Gilakan kuasa menyebabkan seseorang akan bersifat hasad bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Kata Fudail ibn Iyyad:

ما من أحد أحب الرئاسة إلا حسد وبغى ، وتتبع عيوب الناس ، وكره أن يُذكر أحد بخير

“Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akan terjebak dengan hasad dan kejahatan melampau, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain.”

4. Atas dasar itu al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan ini adalah mereka yang sukar dipercayai. Kata beliau:

ما صدق عبد قط فأحب الشهرة

“Tiada yang benar langsung buat si hamba yang mencintai kemasyhuran.”

Semoga Allah sentiasa membimbing kita.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close